Selasa, 26 Februari 2013

MUSLIMAH ITU PERIBADI KU


:::Bismillahirrahmanirrahim:::


"Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu mengenai dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa.

Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya ku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi.

Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka.

Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih bersifat 'perumahan' kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan.

Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata.

Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akanku buat 'expressionles face' dan 'cool'. Akan ku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku.

Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina 'Aisyah R.A "sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang".

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan. Bagaimana akanku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain. Aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku. Aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidakku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, berbagai dalil ku kemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku.

Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada ditebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan.

Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Ku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara'. aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku.

Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku."

Sabtu, 23 Februari 2013

HIDUP DAN MATI KU KERANA ALLAH


Bila aku hidup di bumi Jordan segalanya aku fikirkan untuk ummatku...


Mula aku sampai sini aku hiatkan di hati
aku mahu belajar sahaja..
aku hanya mahu menuntut ilmu di jamiah sahaja

Tapi..kini aku kenal erti sebenar 'menuntut ilmu di bumi Jordan'
bukan hanya menuntut ilmu di jamiah tapi mencari segala ilmu yang ada di sini..

Semalam,hari ini dan esok..
saya berfikir dan saya bekerja untuk ummat saya...
saya lakukan tugasan dengan niat di hati untuk ALLAH..

Kenapa aku yang di pilih dalam menggalas amanah ini..
memegang tanggungjawab pada ummat..
bukan satu yang senang bagi ku...
bukan senang untuk melaksanakan dengan sebaiknya..

aku tahu kenapa aku yang di pilih atas jalan ini...
''KERANA ALLAH SAYANG PADAKU''

ALLAH nak aku usaha untuk mencari redha NYA..
ALLAH dah bagi aku jalan ini...
ALLAH yang sediakan untuk ku...
dan ALLAH mahukan usaha ku dalam meraihnya dan mencarinya

Di medan ini lah aku memulakan langkah ku dalam membina ummat
aku menuntut ilmu dunia dan kehidupan untuk aku bawa di akhirat..

Aku memulakan perjalananku untuk menghadiri taman syurga..
ALLAH kira semuanya
aku memulakan bicaraku dalam menyampaikan isi kalimat kepada orang lain
ALLAH kira semuanya..
aku biarkan diri ku terus memberi dari menerima
ALLAH kira semuanya

ya!!
aku bukan nak kan nama tapi aku mahu orang lain sama-sama dalam jalanku
aku mahu ramai lagi mencari erti sebenar kehidupan..

bila aku fikir aku akan berjuang untuk bangsaku di malaysia
aku akan memegang amanah lagi berat..
sebab itu aku harap kita jadi yang faqih dalam agama

sia-sia belajar di sini andai segala ilmu yang tersirat dan tersurat 
tak aku cari dan usaha mendapatkannya.
sia-sia andai aku memntingkan dunia di sini tanpa memikirkan akhirat
sia-sia belaka....

semoga ALLAH sentiasa memberi jalan yang luas untuk aku menjadi hambanya yang bertakwa
semoga ALLAH memberikan ke'faqih'an yang luar biasa untuk agamaku..

HIDUP DAN MATIKU KERANA ALLAH..
IN SYA ALLAH..AAMIIN



Khamis, 14 Februari 2013

MURAMNYA HATI KETENTUAN ALLAH

APAKAH DI SEBALIK UJIAN ITU....

bila ALLAH dah tetapkan untuk kita hidup dan beribadah di dunia ini...
tiada matlamat lain selain mencari keredhaan dari ILAHI...
mahu atau tidak sememangnya kita sudah di takdirkan untuk lahir di dunia ini...

dan tak lengkap rasanya bila didunia ini hanya di warnai dengan hitam dan putih...
sama jugak seperti hidup kita....sentiasa di warnai ujian...
tak lengkap hidup ini tanpa ujian...
seperti hanya bermain seorang diri di padang yang besar...

macam mana pula kita untuk menghadapi semuanya...
saya nak cakap ni...
''ANDAI KITA BETUL-BETUL CINTAI ALLAH DAN HADIRKAN ALLAH DALAM HIDUP KITA........SEMUA YANG TERJADI PADA DIRI KITA,,KITA AKAN TERIMA DENGAN HATI YANG SANGAT IKHLAS...."

perjalanan hidup kita ni tak selalunya indah...
kadang-kadang kita punya lah berhempas pulas mencari dan berusaha untuk bahagia...
tapi siapalah kita ni untuk menolak semua yang telah tertulis di LUH MAHFUZ...
hanya hamba ALLAH yang tidak punya apa-apa...

kita tiada kuasa untuk menolak semua yang telah di tetapkan...
tapi kita ada kuasa untuk berdoa dan berusaha...
jaangan lah kita putus asa...
jangan lah kita rasa kita telah kehilangan segala-galanya...
semua itu adalah hikmah untuk diri kita...
tidak di dunia tapi mungkin di akhirat kelak...

saya hanya akn pendam...
sebab ALLAH tahu apa yang ada dalam hati saya...
kalau benda itu baik buat saya in sya ALLAH...
saya akan terima...

cuma saya berharap ALLAH akan bagi yang terbaik dalam kehidupan dunia dan akhirat saya..
melihat...mendengar...memikirkan...
dan saya akan berdoa....
in sya ALLAH....

wallahua'lam



Rabu, 13 Februari 2013


SEMAKIN HARI SEMAKIN BANYAK YANG AKU TAK TAHU...
SEMEMANGNYA BILA KITA SENDIRI MEMILIH JALAN INI,
KITA HARUS MEMPERTANGUNGJAWABKAN DI ATAS SEGALANYA.....

sudah hampir seminggu aku menjalani sesi pembelajaran untuk semester yang kedua....
dan aku seronok dapat mempelajari sesuatu yang baru...
walaupun susah untuk aku memahami keseluruhan apa yang di ajarkan oleh pensyarah-pensyarah ku....

tapi aku kuat...
aku tabah kan hati...
dan aku juga usaha...

apa yang aku mahukan dalam jalan yang aku pilih ini adalah redha allah...
juga untuk ummah...
juga untuk masa akan datang ku....
juga untuk orang-orang yang aku sayang

kali ini...
ulum al-quran,
ulum hadith,
bahasa arab,
hadhoroh islamiah,
usul fiqh....

menjadi ujian untuk ku dalam semester ini....
belajar untuk ALLAH
belajar untuk UMMAH

ujian....ujian....ujian...
akan sentiasa mewarnai perjalanan ku...aku tetap berada di atas jalanku...
kini segalanya menutut kesungguhan yang luar biasa dari diri ku sendri....

in sya allah.....
http://abowman.com/about/

Isnin, 11 Februari 2013

semester baru


semester bermula

ALLAHUAKBAR...
macam tak percaya tapi tu lah hakikatnya yang sebenarnya...
di mana aku berpijak di situ lah titik-titik amal jariah ku...

Hati gembira bila tiba masanya ku menyibukkan diriku semula dengan kulaih dan kelas...
mulalah aku untuk sentiasa mentajdidkan niat semuala saat aku leka..
ALLAH tu maha penyayang...
Dia tak kasik aku leka lama-lama dan terus bermain dengan masa.

kali ini tugas aku sebagai seorang hamba ALLAH semakin berat dan besar...
aku kene bersungguh-sungguh dalam aku mencapai ''MUMTAZ UNTUK UMMAT''
aku lah yang dakwah fardi untuk diri ku sendiri....
aku lah yang memacu jiwa ku kearah sirat talmustaqim...

kini semakin banyak juga ujian hati yang aku kene perangkapkan sendiri untuk diriku...
aku yang akan penjarakan perasaan aku sendiri untuk aku membina individu muslim dalam diri ku...
dan aku perlu kuat dalam melawan nafsu ku...

aku terbaca artikel seseorang ni....
dia kata dia mengeluh sebab barang tu dia tak ada...
tapi sebenarnya orang lain lagi teruk daripada dia...

kini aku berfikir....
aku tak boleh mengeluh untuk aku MUMTAZ UNTUK UMMAT
aku kene banyak kan bersyukur,....aku perlu sentiasa mentajdidkan niat aku setiap kali aku ingin mulakan langkah aku....

kawan-kawan yang sama berjuang di medan ini...aku gunakan dalam ruh ku...
aku mengharapkan sesuatu yang berguna untuk ummat....
semoga ALLAH memudahkan segala perjalanan hidup ku...

kini segala apa yang aku lakukan itu adalah bermula dari diriku sendiri...
tiada orang lain tetapi aku...

faqih fi dhin....faqih fi ilmi....




Ahad, 3 Februari 2013

jordan....jordan....jordan

kadang-kadang aku masih tak percaya yang aku kini berpijak di bumi sham ni...di sini lah aku mentarbiyah diri aku menjadi wanita solehah...

apa yang ada kat sini??????kenapa engkau tak pergi mesir?????engkau di bawah tajaan apa?????????

saya ada jawapan untuk semua soalan itu.....
kalau awak kata kat sini tak banyak tinggalan para anbia...itu salah....
kat sini ah saya kenal ''JAAFAR ATOYAR''.....''ZAID BIN HARITHAH''....ABDULLAH BIN RAWAHAH
kat sini lah saya kenal tapak peperangan ''YARMOUK''....peperangan ''MU'TAH''.....
dan kat sini lah saya kenal budaya masyarakat arab....
sebab Nabi saya orang ARAB...


kenapa saya tak belajar di mesir??????
nak tahu kenapa????
saya yang pilih untuk ke sini...saya yang nak menuntut di bumi SHAM ini...
dan kalau awak tak puas hati dengan jawapan saya.....
awak tanyalah ALLAH....
Dia yang gerak kan hati saya untuk ke sini..
Dia yang takdirkan saya ke sini......

saya dapat tajaan ape?????
saya dapat tajaan dari NIKMAT ALLAH....
saya dapat tajaan dari REZEKI ALLAH.....

saya datang sini untuk kenal sejarah....saya datang sini untuk belajar jadi hamba ALLAH...
saya datang sini untuk saham saya di akhirat....
saya datang sini untuk mencari keredhaan ALLAH...
dan saya datang sini kerana ALLAH....


sekarang....
saya di bumi Jordan dengan bertujuan..
tidak datang dengan permainan..
tapi dengan harapan dan kejayaa...

di sini saya kenal 'falafil' menggantikan pisang goreng di malaysia
di sini saya kenal 'syawarma' menggantikan burger
di sini saya kenal 'coaster' menggantikan bas di malaysia
di sini saya kenal 'ijar,kahrobak,muyah,jamiah,''

ini lah yang saya bawakan untuk ummah saya.....pengalaman itu memberi pelajaran....

SEMOGA ALLAH TERUS MEMELIHARA SAYA DI BUMI JORDAN..IN SYA ALLAH...



Sabtu, 2 Februari 2013

kuatkan hati ku..

Kenapa lah...

akmal!tabah kan lah hati akmal...
engkau boleh akmal...

''saya bukan keluar dari jalan ni...saya hanya mahukan yang terbaik untuk diri saya...
sampai bila jalan ni perlukan rahsia...
saya tahu awak akan ckp saya belum sttle lagi dengan ALLAH

awak....
kerana ALLAH la saya mahu kan jalan ni jalan yang orang lain nampak...
kerana ALLAH la saya nak ALLAH itu di cintai oleh semua orang.... 
saya tak nak saya dan beberape lagi sahaja yang masuk syurga same-same
saya nak semua orang sama-sama- masuk syurga dan buat siap....

awak...
awak jugak kata kita khalifah..
awak jugak kata kita adalah sama...

saya terfikir...kalau saya khalifah...saya akan di persoalkan apa yang saya buat untuk ummah saya..
saya perlu bertanggungjawab atas apa yang saya pegang pada isi kalimah ALLAH...
saya tak nak selama-lamanya jalan yang baik ini terus rahsia...

kalau dulu awak cerita kat saya 
dakwah sirr yang RASULULLAH  bawa di mekah mengambil masa 13 tahun...
dan awak kata kita sekarang seperti zaman itu....
zaman ''dakwah sirr''...
tapi kita bukan lah 13 Tahun tapi dah bertahun-tahun....

saya tak nak simpan kebaikan itu selama-lamanya....
saya mahuan gandingan bersama dlm menyampaikan risalah yang di bawa rasulullah...

awak...
saya teringatkan detik kematian ''siti hajar''
adakah orang yang di ambang sakaratul maut mahu berbohong lagi..
adakah dia nampak ALLAH itu satu ilusi sahaja...

''SAYA TAK NAMPAK JALANNYA''
''IBU..ALLAH MARAH BILA KITA TAK CARI JALAN LAIN BILA DAKWAH KITA DI HALANG''

itu lah...
adakah kita tak mahukan dakwah itu terus bersambung rantaiannya...
biar lah kita di benci.di siksa semata-mata kerana kita menyampaikan dakwah itu...
biar lah kita di tomah dan di cerca kerana ia adalah satu jihad juga kan??

ALLAH yang menentukan...
kita yang merancang...
mungkin kita mahu kan rancangan kita terus di atas strategi....
terus menerus merebak tanpa bayangan dalam keadaan...

awak...
saya sayang kan jalan ini...
saya rindukan kebaikan ini...
saya dambakan murabbi...
untuk perjuangan saya dan kalian...

boleh kah kalian fahami....
aku mahu terus di terangi cahaya ilahi.....

Jumaat, 1 Februari 2013

AKU RINDU RASULULLAH

LAU KANA BAINANA
LAU KANA BAINANA
LAU KANA BAINANA


YA ALLAH

BILA AKU TERBACA ARTIKEL SEORANG SAHABATKU
SUNGGUH HATI TELAH MASUK NYA CINTA RASULULLAH
AKU SUNGGUH RINDUKAN RASULULLAH
APA YANG AKU MAMPUKAN SELAIN SELAWAT KE ATASNYA

ANDAI APA YANG AKU NUKILKAN INI BOLEH MENJADI SAKSI
KEPADA RASA RINDU KU DAN CINTAKU
PADA RASULULLAH 

AKU BERSYUKUR DAN BERDOA
AGAR AKU MENJADI UMMATNYA YANG PALING BERIMAN DAN BERTAKWA

ANDAI AKU DAPAT BERJUMPA DENGAN RASULULLAH
AKU MAHU TERUS HIDUP BERSAMA IMANNYA
AKU MAHU TERUS MELANGKAH DALAM RISALAHNYA
AKU MAHU KAN CINTA DAN KASIH 
DARI INSAN 'KEKASIH ALLAH'


ANDAI AKU DAPAT MENDAKAPNYA
AKU MEMOHON SUPAYA BAGINDA DAPAT MENDOAKAN UNTUKKU
MENDOAKAN KEBAIKAN DAN ANUGERAH SYURGA UNTUK KU
AKU MAHU KAN CINTA RASULULLAH 
SEBAGAI SEORANG YANG MENYAMPAIKAN RISALAH

AKU MERINDUI RASULULLAH

KALIAN!KALIAN!KALIAN!
ENGKAU TAHU TAK RASULULLAH CINTAKAN DAN SAYANGKAN KITA
KITA SEMUA ADALAH UMMATNYA
KITA DI SEBUT DI KALA SAKRATUL MAUTNYA
KITA LAH UMMAT YANG DI SEBUT BAGINDA SEWAKTU AKHIR BAGINDA


KALIAN!
KITA BUAT APA DENGAN DUNIA KITA
ADAKAH KITA JUGA CINTAKAN RASULULLAH 
ADAKAH KITA LUPAKAN DIA
ASTGHFIRULLAH.....ASTGHFIRULLAH

BILA ALLAH KATA...
SIAPA YANG MENCINTAI RASULULLAH DIA JUGA MENCINTAI ALLAH


TAHU KAH KITA
KITA TIDAK PUNYA WAKTU YANG PANJANG
SYAFAAT DARINYA YANG BERHARGA UNTUK KITA
TAPI SEJAUH MANA KITA MENCARI SYAFAATNYA

LAU KANA BAINANA..LAU KANA BAINANA..
ANA MUSHTAQ JIDDAN YA RASULULLAH
ANA BIDDI SYAFA'ATUKA..
ANA URID MA'AK FI JANNAH

warkah cinta berbau syurga

 
SEBUAH JIWA TERBENTANG SELUAS SAHARA
TERSIMPAN SEJUTA RASA CINTA DAN KECEWA
SETIAP UNTAI KATA YANG TERMAKTUB SUDAH
MENJADI WARKAH CINTA BERBAU SYURGA

SIMPANAN BATINKU HAMPIR TERBELAH
TIDAK BERHIMPUN DUA CINTA DALAM SATU JIWA
ANTARA IMAN DAN NAFSU
AKU BERJUANG MERAIH MAHKOTA CINTA DARI SYURGA

BIAR BERIBU PARUT ENGKAU MENGHIRIS KALBU
HANYA KEIHKLASAN CINTA MENJADI PENAWAR
SEKALIPUN DIRIKU TERBUANG DIMATA INSAN
ENGKAU MAHA MENGERTI LETAKNYA CINTAKU INI

IZINKAN AKU MERINTIH DI ATAS HAMPARAN SYURGAMU
BILA SAAT KU PERGI
BIARLAH CINTAKU TETAP DISITU

''SELAMA-LAMANYA KELEMBUTAN TAK KAN PERNAH TEWAS DENGAN KEKERASAN''

~~~Imam Muda Nazrul Feat UNIC~~~