Jumaat, 10 Mei 2013

MALAM HARI DENGAN BUKU ATAU DENGAN,............


ALLAHUMMA BARIQ LANA FI REJAB WA SYA'BAN
WA BALIGHNA RAMADHANA

"YA ALLAH YA TUHAN KAMI..BERKATI LAH KAMI DALAM BULAN REJAB DAN SYA'BAN DAN SAMPAIKAN KAMI PADA RAMADHAN"

...........(e_a)..........

Kalau dah nama nya belajar tak kan pernah senang..
dalam dunia kalau semua nya senang belaka baik tak payah hidup..
ALLAH sedia kan jalan kita di dunia ni berliku untuk kita rasa senang di akhirat
macam itu jugalah untuk kita menuntut ilmu
sampai bila-bila menuntut ilmu itu susah...
kerana terakhir nanti akan senang..
betul ke tidak????

kalau orang yang asyik dok fikir nak main 
dok fikir nak khwin jerk..
hurmm!!!
comfirm akan kata buat apa susah-susah belajar nanti tua jugak
nanti masuk dapur jugak yang perempuan
nanti kene ikut kata isteri jerk yang lelaki..

hah!!!ni nak kabo yang kata gitu.
nak masuk dapur pun kene ada ilmu jugak..
nak kene ikut kata isteri pun kene ilmu jugak...
kalau malas sampai ke tua..mmg padah lah jawabnya..

belajar tu tak kira lah bidang apa sekalipun..
kene ada perasaan sungguh-sungguh tu..
kene ada semangat tu..
kene buang sikap malas yang dah membiak banyak dalam diri tu..
jangan sampai kulat malas tu jadi makin jadi cendawan..
payah nanti...

kalau dah hari-hari ngadap movie
kalau dah hari-hari kerjanya nak bermukabuku
setiap kali balik kelas menghadap bende alah tu.
kalau tak bukak konon ketinggalan isu semasa.

tapi fikir tak..
semua tu ada kebaikan ke tak..
andai berguna pun bila mahu buat bahas
semangat konon
"aku just cari bahan jer lah bukan buat perkara lagha"

allahakbar..
kalau macam ni lah fiil nye 
come on lah...
reflect diri tu semula...

untuk seorang yang pelajar yang luar biasa
dia sanggup berkorban untuk semua tu..
dia sanggup habis kan masa nya dengan menelaah buku.
dari menghabiskan masa dengan muka buku..
sanggup bersusah untuk orang lain..
sanggup belajar sampai malam-malam buta.
sanggup untuk meninggal kan semua perkara yang best depan mata tapi di belakangnya.
menggagalkan kita.

seorang pelajar yang luar biasa itu.
walau pun di beri tanggungjawab daalm memimpin pun..
dia menganggap semua itu adalah ilmu untuk dirinya..
malah boleh seimbangkan pelajarannya dengan komitmen yang lain
tak menganggap semua tu pendatang asing yang menggangu gugat pelajaran

seorang pelajar luar biasa mampu menyelesaikan masalah dengan matang
mampu untuk menyelesaikan secara hebat.
itu lah yang pelajar luar biasa buat..
itu lah yang pelajar luar biasa laksanakan...
itu lah pelajar luar biasa
agak-agak kita ni dah buat macam tu ke???
tepuk dada tersedak sendiri lah beb!!!!

.......................(e_a).....................

jam menunjukkan 12:06 minit malam waktu jordan.
tapi di malaysia sekarang menunjukkan jam 05:06 minit malam

hai tak tidur lagi ke???buat apalah kau ni??

alhamdulillah...menulis blog untuk mengingat kan diri dari perkara yang orang lain buat tapi tak boleh aku buat..
seharian sudah menelaah pelajar untuk imtihan yang akan meng'dush'
dalam masa beberapa hari lagi..
persediaan mental fizikal untuk menerjah kepada kejayaan...

hadoroh islamiyah....usul fiqh 1
khalas!!!!!!!
alhamdulillah....wa syukurillah...

bagi ku persatuan itu bukan penghalang untuk aku berjaya..
terletak pada diri sendiri bagaimana membahagikan msa dengan jayyid 
masa malam ku aku menghabiskan dengan menjadi makwe kepada buku..
malam ku aku dating puas-puas dengan allah
masa malam ku aku puasa kan diri aku dari alam maya yang melampau
malam hari juga aku ambil fadhilat nya untuk menghafal ayat al-quran
masa ini lah hak aku pada ALLAH,RASULULLAH  dan diri aku sendiri
aku tunaikan.

hak aku pada orang lain sama-sama aku cuba untukk tunaikan
allahukabar,..
inilah bila kita mencabar diri sendiri melakukan yang terbaik 
untuk kita menjadi manusia yang laur biasa...
susah itu sudah 'adi 
kerana tahu yang akhirnya akn senang dan bahagia...

allahu akbar..
semoga ALLLAH terus memberi ku peluang untuk terus 
jirus air di muka sendiri di mana tugas aku ketika ini..
tanggungjawab aku ketika ini..di bumi jordan ini...
 ALLAHUAKBAR!!!!!

REJAB KINI MENUNJUKKAN MUKANYA NYE
SYA'BAN SUDAH MENAMPAKKAN BAYANGNYE
DAN 
RAMADHAN SUDAH MEMBERI SIGNALNYA

allah hadirkan kesedaran ini ketika dalm bulan yang mulia disisinya..
allahuakbar,,sungguh kasih allah itu indah
untuk aku terus 
menjadi manusia yang bermanfaat ketika ganjaran nya terbentang luas
dan untuk aku mendapat kesenangan yang kekal in sya allah