Jumaat, 7 Jun 2013

CINTA DI BUMI JORDAN(^_^)


CINTA DI BUMI JORDAN

''Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya,
dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk''
surah al-baqarah:157

Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".
Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".
kita merancang,Allah juga merancang..tetapi perancangan Allah lebih baik.. :')

Inilah mulanya perasaan kita bila kita mula mencari kebaikan dan ingin istiqomah dalam perlaksanaan nya..kita akan fikir terlalu berat ujian yang ALLAH berikan pada kita..seolah-olah ujian itu seperti ingin meluntur kan semangat dalam terus berusaha..Hakikat yang tak boleh di nafikan bila hidayah ALLAH itu pada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa mengikut kehendak Nya..tiada siapa yang mampu menolaknya..

  apa yang sebenarnya yang telah aku perolehi di bumi Syam ini????
apa yang aku telah lakukan di sini??
apa yang aku mahukan di sini???


semasa aku masih lagi di malaysia..
aku langsung tidak pernah berangan untuk menyambung pelajaran di Jordan
aku langsung tidak mempunyai hasrat di hati
walaupun aku sendiri maklum kebanyakan guru-guruku 
berkelulusan universiti Timut Tengah
sama ada Jordan atau Mesir

dan kehidupan aku biasa-biasa juga

aku bukan lah yang 'islamik' sangat
tapi apabila sudah terdidik dengan disiplin sekolah agama
aku jadi banyak mengenal agama itu dengan lebih mendalam

keluarga ku juga yang biasa-biasa sahaja
abah yang tidak bekerja
mak yang hanya seorang guru
kakak yang kebanyakkan semuanya di IPTA
adik-adik yang bersekolah menengah

abah menitikberatkan soal agama dalam kehidpan kami yang biasa-biasa ini
agama itu abah ingat kan pada kami yang itu lah utama 
abah sayangkan kami dengan memberikan kami didikan agama
abah sayang kan kami dengan sanggup berjauhan dengan kami
saat kami semuanya di asrama

kami lapan beradik
tiada seorang pun dari kalangan kami yang tidak tinggal di asrama
kalau di ikutkan..
kami hanya hidup dengan abah daan mak 
dari umur 1 hari hingga 12 tahun
itulah didikan abah dan mak

bila aku bersekolah agama
aku cuba matangkan diri
berdikari sendiri
menahan rindu pada keluarga hanya di hati
tidak terluah
belajar serajin-rajin nya untuk membalas jasa abah dan mak
jadi anak yang berjaya dalam pelbagai bidang 

aku pengawas
aku ahlijawatankuasa disiplis asrama
aku panel dalan berforum
aku pelajar yang berada di kelas istimewa
aku pemegang amanah terbesar dalam berorganisasi
aku menceburi pelbagai bidang yang berbeza 
kadang-kadang keyakinan diri tiada
malah tidak mmpercayai akan diri sendiri

kadang-kadang aku jatuh 
kadang-kadang aku kalah
kadaang-kadang aku menangis sendirian 
kadang-kadang aku di damm
kadang-kadang aku di jadikan bahan ber'gosip'

tapi itu semua yang mengajar aku erti menilai
erti menghargai
erti berusaha

aku kuatkan semuanya kerana aku mahukan yang terbaik
aku berusaha tabah kerana aku mulai kenal 
janji ALLAH sangat indah

bila aku sudah berjaya 
bila aku sudah mampu menjadi diri aku sendir
bila aku sudah bijak menyelesaikan masalah sendiri

kini hala tuju yang aku pilih adalah di bumi Jordan ini

sesungguhnya benar cinta yang paling manis bagiku adalah
cinta ku padaa ALLAH saat di bumi SYUHADAH ini

semakin aku menjadi dewasa 
semakin bnayk yang aku tidak tahu dan semakin besar tangungjawab ku
semakin  berat amanah yang tergalas di bahuku

disini mujahadah ku lebih dari yang dahulu
kekuatan mental ku harus kuat
ketabahan ku harus padu
kesabaran ku juga perlu tebal

disini ilmu itu yang aku perlu cari
bukan ilmu yang mencariku
disini aku perlu berimaginasi
bukan untuk melupakan diri sendiri
di sini ketabah itu perlu aku perkasakan
bukan !!!!!!!!!!

sebab itu aku bercinta dengan semuanya di sini
sebab aku memikirkan hidup ku bukan di dunia tapi hakikatnya
aku hidup di akhirat
aku bercinta di sini untuk aku bawakan suatu kebenaran
kepada ummat bangsaku

betapa ALLAH yang memilih aku berada di jalan ini
aku kadang-kadang jatuh bangun sendiri dalam meningkah
onak dan duri kala usia ku kini
ujian yang datang bertubi-tubi itu aku hadapi
allah yang tahu aku dan semua yang mnedapat seru
perlu berkhidmat untuk ummah 

terbayangkan kubur menanti
azab mula meniti
peng'hisab'an kian menghampiri
tanpa di undang tanpa di beritahu

saat di bumi ini aku kenal erti menuntut dan memberi
saat kini aku lebih mengenal kebenaran dari kebatilan
semua ini amanah.
aku kenel dengan diri sendiri
malah keyakinan aku disini penguat segala perbuatan dan perlaksanaanku
dalam setiap perkara
aku jadi sangat cinta dengan ALLAH
dan RASULULLAH

ALLAHUAKBAR

"Tiap mata pasti akn menangis pd hari kiamat kecuali mata yg dipejamkan drpd segala yg haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yg menitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah SWT."
(Riwayat Abu Naim)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan