Jumaat, 26 April 2013

ROAD TO IMTIHAN


Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi di atas segala hal yang telah di tetapkan untuk ku...

imtihan..imtihan...imtihan

semua perkara di panggil imtihan...peperiksaan atau exam...
semua orang akan takut dengan peperiksaan....
sebab banyak lagi tak baca...banyak lagi perkara yang tak tahu
banyak lagi yang tak sempat buat nota....

saat ini pun kami mahasiswa sibuk dengan imtihan...
banyak yamg tak paham...banyak yang kena berfikir...
dalam fatrah imtihan..
masa ini lah mahu berniaga...masa ini lah mahu memikirkan duit tiket baik ke malaysia
masa ini lah mahu laju-laju buat study group
masa ini juga lah ada latihan untuk KARISMA
masa ini juga kena siapkan kertas kerja persatuan..
masa ini juga mahu bermunaqasyah dengan dokter....

imtihan ni lah nak lumba-lumba buat nota
sanggup tidur lewat kerana nak imtihan
sanggup berjam-jam lama duduk di maktabah menelaah pelajaran
semua perkara sanggup belaka

 yang lagi sedih bila perkara lain sanggup jer..
tapi part ber'alam maya' tak sanggup..
kadang-kadang ingat kan diri sendiri untuk 'puasa' facebook
puasa twiter
puasa we chat
puasa intagram
tapi hakikatnya.....'imtihan' ini lah sangat menguji bila tiba waktu imtihan

bila di tegur pasti panjang muka sedepa..
bila di ajak study "bagi 3 minit lagi"
tapi lama-lama bukan 3 minit tapi 30 minit
itu pun belum tentu boleh duduk lama-lama...

macam-macam lah ragam bila buku dah ada depan mata..
nak makan lah...sejuk lah...boring dan nak jalan kat luar lah..
nak telefon orang lah..
nak main dengan rabbit lah...
time ni lah nampak semua kerajinan...

bila balik pada buku..satu lagi imtihan adalah mengantuk..
ALLAHUAKBAR...
selama-lamanya lah imtihan tu berimtihan
tak tahan dengan diri sendiri...
tak mampu mengawal nafsu sendiri
kalah dengan hasutan 'makhluk tuhan paling seksi' kat sebelah...

dah nak dekat imtihan ni lah banyak imtihan...
ALLAHUAKBAR...
masa allah bagi nikmat waktu lapang kita manusia sia-siakan...
sombong dengan diri sendiri...
tak ambil peduli dengan masa yang terluang...
berbicara,ber'video',ber'jaulah'
sampai tak ingat tanggungjawab sebenar sampai ke bumi SYAM ini..

masing-masing leka dengan kebolehan...
masing-masing tak hidup kan imtihan tu setiap hari...

bila allah dah datang kan imtihan baru lah kita sepak diri sendiri
barulah kita telefon dan dating dengan allah bersungguh-sungguh..
baru lah kita rasa allah tu dekat dengan kita...
 bila kita di timpakan 'imtihan' oleh allah...
saat itu lah kita cari allah

tapi selagi mana allah bagi 'imtihan' tu bersyukur lah..
sebab allah nak ingat kan kita yang hangat berasmara dengan dunia
sampai lupa segala nikmat masa yang di kurniakan....
sampai rasa jauh dari hidayah dari Tuhan

tak semua orang baik belaka..
tapi kalau dah dia ajak perkara baik tu baik lah namanya..
sampai bila nak meremehkan orang lain...\
samapi bila nak maraah dan sindir orang lain yang ajak pada benda baik...

dia dan kau sama sahaja..
sama sahaja dalam menerima imtihan..
sama sahaja dalam bakal menempuh imtihan
imtihan duniawi dan imtihan ukhrawi...
cukup lah membazirkan semua tu untuk perkara lagho

imtihan allah tak setanding dengan imtihan dari manusia..
imtihan allah tu lebih hebat...lebih cantik secara 3D nye tu...

selagi kita ini masih ada lagi 'cop kat dahi' tu tanda kita mahasiswa..
ilmu itu bukan pada buku sahaja..
bukan pada internet sahaja..
bukan di maktabah sahaja...

ilmu itu ada di mana-mana...
sedikit sahaja yang kita dapat..yang kita di suap...
ibaratnya seperti setitis air dari selautan air...

imtihan itu ada imtihan..
imtihan iman dan takwa..
imtihan kesabaran dan tawakal...
imtihan pada hati...

imtihan allah itu adalah syurga untuk kita




Tiada ulasan:

Catat Ulasan