Khamis, 5 September 2013

PENGORBANAN SEPANJANG HIDUP SEORANG WANITA



DI SEBALIK TANGAN YANG LEMBUT MENYENTUH
TERGARIS SEBUAH HAKIKAT PENGORBANAN
SEPANJANG HIDUP SEORANG WANITA

TANPA DI PINTA DI BALAS
TANPA DI PINTA DI KENANG
HANYA MENJALANKAN AMANAH SEBAGAI WANITA


hakikat seorang wanita yang di takdir kan oleh ALLAH untuk lahir di muka bumi bukan lah semata-mata menjadi perhiasan dunia ini....andai di gali kisah hidup wanita di dunia ini hakikatnya kadangkala kaum adam juga kalah dalam memenangi sebuah pengorbanan hidup..

     saat di lahir kan..pasti ramai yang gembira dan bahagia..juga ada yang merasa susah dengan kelahiran bayi wanita..tetapi sewaktu bayi comel itu menangis..mungkin ALLAH menampakkan bayi wanita itu akan sebenar tanggungjawab nya di dunia ini

di didik dan di bimbing sejak dari sekecil tapak tangan untuk menjadi seorang 'perhiasan dunia' bukan mudah hakikatnya...tetapi tersiratnya sangat lah di beri kelebihan...ALLAH menjanjikan kepada ayah dan bonda pahala yang tiada tolok bandingnya andai sentiasa berusaha mendidik seorang wanita untuk menjadi 'perhiasan dunia' yang sebenar

di latih untuk menghormati kedua ibubapa..malah juga golongan tua..,termasuk juga golongan yang muda...di latih menjadi yang sopan berlemah lembut..di didik menjadi pembantu setiap orang..semua ini bermula dari setahun pucuk jagung yang baru bercambah..

 saat sudah mula mengenal cabaran dunia sebenar..rupa-rupanya wanita itu setanding lelaki..malah lebih hebat dari lelaki

sejak di bangku sekolah...wanita di beri tugas oleh ibu bapa untuk menjaga hal ehwal keluarga...memasak.membasuh..menjaga..semuanya di letakkan di bahu seorang wanita..malah kadangkala ketika sedang fokus belajar..ibu tetap memanggil seoarang 'wanita' untuk membantu nya mengurus kan hal-hal tertentu...

  tambahan lagi...apabila sedang sibuk menimba ilmu...sedang sibuk mengkaji ilmu..bapa tetap memanggil seorang 'wanita' untuk membantu nya dalam sesuatu hal..

  seorang 'wanita' itu membesar dengan kesopanan...tidak pernah membantah walaupun pun diri sendiri kadang berperang dengan perasaan sendiri...

 
HAKIKATNYA..WANITA ITU PENOLONG DARI ALLAH
UNTUK SEBUAH INSTITUSI KEKELUARGAAN.

CERITA INI HAKIKAT SEBENAR PNGORBANAN SEORANG WANITA

orang lelaki...
tolong jangan hanya pandang wanita itu lemah
jangan hanya memandang diri sendiri kuat lagi gagah
yang tidak tertanding dek seorang wanita

pengorbanan wanita sepanjang kehidupan sangat lah banyak
tak terkira
malah andai engkau mampu berfikir
engkau sendiri akan menjadi malu kepada wanita

tidak mustahil benar
allah dan rasul sangat mengangkat darjat wanita
sangat meng'ikrom'kan seorang wanita
terlalu benar firman dan sabda nya...

ku tanya pada kau seorang lelaki
mampu kah engkau menjadi 'sekuat' wanita

ibu memanggil untuk membantu nya didapur
dia berlari secepatnya supaya dia bisa membantu ibunya
sehabis mungkin dia untuk menjaga hati ibu nya
agar tidak terluka

di suruh memasak oleh ibu
di sruh menjaga adik oleh ibu
di suruh membasuh pakaian oleh ibu
di suruh melakukan semua tugak di rumah

semua dia lakuakan..tanpa menolak..

kadang-kadang
si bapa turut memanggil...
di suruh mengurut
di suruh membantu mengangkat bata
di suruh menolong bercucuk tanam
di suruh mencangkuul tanah
di suruh membina reban ayam...

semua itu di lakukan tanpa menolak

satu-satu masa.
tak sempat meletakkan punggung untuk berehat
di arah untuk membawa ibu ke hospital
di arah untuk memandu ke tempat kerja
di arah untuk pergi ke pasar
di arah untuk berjalan memandu kereta kemana-mana sahaja..
tanpa memikir kan lelah yang tak berkesudahan

sudah tamat menjadi 'driver' untuk mereka
mungkin sesampai rumah mencuri masa untuk berehat

tak sempat melangkah masuk ke dalam rumah
si adik lelaki dan si abang mahu kan pakaian mereka di gosok
mahukan kunci kereta yang di letak merata
yang mahukan kasut mereka di ambilkan di pintu belakang rumah

semua itu di lakukan tanpa menolak
ingat mungkin akan terhenti apabila si adi lelaki dan si abang sudah berlalu pergi

menghantar mereka dengan pandangan
baru menoleh ke pintu masuk rumah
 untuk merehat kan badan di dalam rumah

di suruh ayah untuk menutup pintu rebann ayan dan angsa
di suruh ayah untuk memasukkan motor adik lelaki dan si abang ke dalan garaj
di suruh pula untuk mengangkat kayu kayan
malah di suruh juga memanjat untuk membetulkan lampu yang sudah rosak
di suruh juga untuk memanjat untuk membetulkan aircond yang buat hal

semua itu di lakukan tanpa menolak

sepanjang hidup menjadi seorang wanita yang terlahirnya untuk membantu

kerja-kerja kaum lelaki juga wanita mampu lakukan
menukul,memasang,mengangkat,
semua nya mampu untuk wanita lakukan...

bila saat perkahwinan
dia lah yang menjadi seorang perkerja di tempat kerjanya
dia lah yang menjadi seorang penuntut
dia lah juga yang menjadi isteri di rumah
dia lah mengaturkan masa sepanjang hidupnya
untuk berbakti
kepada ibubapa,kepada ahli keluarga
kepada suami dan anak-anak
kepada bangsa dan ummah

tidak pernah merungut dalam melakukan kerja-kerja

mendidik anak
mengasuh anak
di samping mampu menyelesaikan hal ehwal rumah tangga..
hal ehwal masyarakat
hal ehwal agama

allahuakbar

termampu kah seorang lelaki melakukan semuanya
dari kecil hinggalah ke hari tua

wanita juga yang sabar saat di herdik
saat di pertikaikan
saat di marah dan di hina

wanita juga yang sabar dalam kesusahan
dalam keadaan kesakitan
juga saat diperlekehkan dan di bandingkan

KUAT DAN GAGAH nya waanita

ALLAHUAKBAR....

jasa wanita sampai ke hari kiamat takkan pernah habis
tak kan pernah surut
tak kan pernah pudar dan tenggelam..

andai ada lelaki yang mampu.....
bersyukur sungguh di atas kurniaan ALLAH
hanya 1 dalam 1000
dan mungkin 1 dalam 100000000000000









Selasa, 11 Jun 2013

PESANAN DR MUHAYA KEPADA PELAJAR

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya

1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Sabtu, 8 Jun 2013

umat akhir zaman




terlihat aku pada ketika ini
melihat umat islam tenggelam arus dosa
sehingga kini iman tinggal sebutan
umat akhir zaman terus terleka

ini lah fitrah di akhir zaman
islam hanya tinggal sebutan
iman itu menjadi simpanan
nafsu dan iblis menjadi sultan

semuanya kian di lupa di tinggal dan di biar
sunnah dan al-quran di lupakan..

berbangga dengan apa yang ada
dan terus bermegah-megah
mengejar kekayaan dunia dan terus melupakan akhirat
kurangnnya rasa...
rasa bersyukur kepada tuhan

nafsu datang tanpa perjanjian
datang dengan merosak kan insan
merubah dan memusnahkan hidup insan

ingat lah wahai
insan yang bergelar manusia
jangan terpedaya
zaman jahiliyah

bangkitlah wahai insan
syurga neraka
itu tempat pembalasan
yang sudah pasti di sediakn untuk setiap insan

inilah ini dia
umat akhir zaman
berdoa pada tuhan
biar tak tersalah haluan...

Jumaat, 7 Jun 2013

CINTA DI BUMI JORDAN(^_^)


CINTA DI BUMI JORDAN

''Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya,
dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk''
surah al-baqarah:157

Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".
Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".
kita merancang,Allah juga merancang..tetapi perancangan Allah lebih baik.. :')

Inilah mulanya perasaan kita bila kita mula mencari kebaikan dan ingin istiqomah dalam perlaksanaan nya..kita akan fikir terlalu berat ujian yang ALLAH berikan pada kita..seolah-olah ujian itu seperti ingin meluntur kan semangat dalam terus berusaha..Hakikat yang tak boleh di nafikan bila hidayah ALLAH itu pada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa mengikut kehendak Nya..tiada siapa yang mampu menolaknya..

  apa yang sebenarnya yang telah aku perolehi di bumi Syam ini????
apa yang aku telah lakukan di sini??
apa yang aku mahukan di sini???


semasa aku masih lagi di malaysia..
aku langsung tidak pernah berangan untuk menyambung pelajaran di Jordan
aku langsung tidak mempunyai hasrat di hati
walaupun aku sendiri maklum kebanyakan guru-guruku 
berkelulusan universiti Timut Tengah
sama ada Jordan atau Mesir

dan kehidupan aku biasa-biasa juga

aku bukan lah yang 'islamik' sangat
tapi apabila sudah terdidik dengan disiplin sekolah agama
aku jadi banyak mengenal agama itu dengan lebih mendalam

keluarga ku juga yang biasa-biasa sahaja
abah yang tidak bekerja
mak yang hanya seorang guru
kakak yang kebanyakkan semuanya di IPTA
adik-adik yang bersekolah menengah

abah menitikberatkan soal agama dalam kehidpan kami yang biasa-biasa ini
agama itu abah ingat kan pada kami yang itu lah utama 
abah sayangkan kami dengan memberikan kami didikan agama
abah sayang kan kami dengan sanggup berjauhan dengan kami
saat kami semuanya di asrama

kami lapan beradik
tiada seorang pun dari kalangan kami yang tidak tinggal di asrama
kalau di ikutkan..
kami hanya hidup dengan abah daan mak 
dari umur 1 hari hingga 12 tahun
itulah didikan abah dan mak

bila aku bersekolah agama
aku cuba matangkan diri
berdikari sendiri
menahan rindu pada keluarga hanya di hati
tidak terluah
belajar serajin-rajin nya untuk membalas jasa abah dan mak
jadi anak yang berjaya dalam pelbagai bidang 

aku pengawas
aku ahlijawatankuasa disiplis asrama
aku panel dalan berforum
aku pelajar yang berada di kelas istimewa
aku pemegang amanah terbesar dalam berorganisasi
aku menceburi pelbagai bidang yang berbeza 
kadang-kadang keyakinan diri tiada
malah tidak mmpercayai akan diri sendiri

kadang-kadang aku jatuh 
kadang-kadang aku kalah
kadaang-kadang aku menangis sendirian 
kadang-kadang aku di damm
kadang-kadang aku di jadikan bahan ber'gosip'

tapi itu semua yang mengajar aku erti menilai
erti menghargai
erti berusaha

aku kuatkan semuanya kerana aku mahukan yang terbaik
aku berusaha tabah kerana aku mulai kenal 
janji ALLAH sangat indah

bila aku sudah berjaya 
bila aku sudah mampu menjadi diri aku sendir
bila aku sudah bijak menyelesaikan masalah sendiri

kini hala tuju yang aku pilih adalah di bumi Jordan ini

sesungguhnya benar cinta yang paling manis bagiku adalah
cinta ku padaa ALLAH saat di bumi SYUHADAH ini

semakin aku menjadi dewasa 
semakin bnayk yang aku tidak tahu dan semakin besar tangungjawab ku
semakin  berat amanah yang tergalas di bahuku

disini mujahadah ku lebih dari yang dahulu
kekuatan mental ku harus kuat
ketabahan ku harus padu
kesabaran ku juga perlu tebal

disini ilmu itu yang aku perlu cari
bukan ilmu yang mencariku
disini aku perlu berimaginasi
bukan untuk melupakan diri sendiri
di sini ketabah itu perlu aku perkasakan
bukan !!!!!!!!!!

sebab itu aku bercinta dengan semuanya di sini
sebab aku memikirkan hidup ku bukan di dunia tapi hakikatnya
aku hidup di akhirat
aku bercinta di sini untuk aku bawakan suatu kebenaran
kepada ummat bangsaku

betapa ALLAH yang memilih aku berada di jalan ini
aku kadang-kadang jatuh bangun sendiri dalam meningkah
onak dan duri kala usia ku kini
ujian yang datang bertubi-tubi itu aku hadapi
allah yang tahu aku dan semua yang mnedapat seru
perlu berkhidmat untuk ummah 

terbayangkan kubur menanti
azab mula meniti
peng'hisab'an kian menghampiri
tanpa di undang tanpa di beritahu

saat di bumi ini aku kenal erti menuntut dan memberi
saat kini aku lebih mengenal kebenaran dari kebatilan
semua ini amanah.
aku kenel dengan diri sendiri
malah keyakinan aku disini penguat segala perbuatan dan perlaksanaanku
dalam setiap perkara
aku jadi sangat cinta dengan ALLAH
dan RASULULLAH

ALLAHUAKBAR

"Tiap mata pasti akn menangis pd hari kiamat kecuali mata yg dipejamkan drpd segala yg haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yg menitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah SWT."
(Riwayat Abu Naim)


Rabu, 5 Jun 2013

Mu'tah juga menenangkan jiwa

AL KISAH BERMULA........

berjalan di pekan Mu'tah..untuk tenang kan jiwa
jiwa yang bercampur dengan bermacam-macam emosi
jiwa yang mendambakan ketenangan
jiwa yang rosak kerana sesuatu yang engkau lakukan

tapi ada jugak suara sumbang lagi menyumbangkan berkata...................

Apa kejadah nye engkau pergi tenangkan hati kat 'bandar Mu'tah ' tu..
makin serabut adalah kepala otak tu
tak ada tempat lain ke yang engkau nak pergi

pergi lah Jabal hira'
Makam sahabat di Mazar
Laut Mati ke
Aqoba atau Amman ke??


atau paling tak pun engkau pergi lah duduk dekat masjid-masjid sana
tenang sikit hati kesana

Saya tak marah pun semua cadangan awak tu
malah saya sangat menghargai apa yang awak cuba lakukan untuk saya
tapi saya tak nak ke tempat tu semua
sebab saya bukan lah ada duit macam awak ada
saya bukan lah sombong dengan tu semua

tapi kalau awak nak tahu saya 
nak hilangkan cepat-cepat rasa marah,rasa tersinggung,rasa kecil hati dengan awak
dan orang lain
saya tak suka nak lama-lama marah dan tersingggung
saya tak suka nak lama-lama bermasam muka dengan semu orang
saya tak suka oran lain asyik nak jaga hati saya
saya tak suka orang tahu saya tersinggung dengan semua

mungkin awak nak tahu sebab saya ari ketenangan di Mu'tah sahaja
sebab saya sendiri nak diidk hati saya untuk mengenal manusia jenis apa saya ni
saya jumpa semua sikap awak semuadi luar pekan sana
saya jumpa semua perbuatan awak pada orang lain diluar sana

tapi saya jumpa semuanya perbuatan yang baik-baik belaka..
saya nampak awak sangat baik dengan orang
saya nampak awak sangan ikram kan kawan-kawan awak
saya  nampak awak juga mengajak mereka perkara yang baik
saya suka awak semua bersikap seperti itu

tapi...
kenapa bila berada bukan di luar tapi di dalam
awak tidak seperti itu
awak buat seorang diri
awak sorok kan semua nya dari saya 
tak macam apa awak buat dengan orang lain

saya relakan
saya luahkan pada ALLAH
saya luahkan juga tempat lain
saya hilang kan rasa marah dan kecil hati saya di Mu'tah supaya saya nampak kebaikan yang awak buat
supaya saya balik saya masih terbayangkan lagi kebaikan yang awak lakukan di luar
supaya saya jejakkan kaki di dalam saya masih boleh terima apa yang awak buat di dalam

awak mungkin tak kan paham apa yang cuba saya lakukan ini
tapi semua ini saya juga untuk ukhwah sesama kita di sini

marah saya
tersinggung saya
terkecil hati saya
saya cuba pendamkan dan saya tak nak buat pada orang lain
sebab saya tahu ALLAH akn membalas apa yang saya buat
saya tak mahukan begitu


Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".
Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".
kita merancang,Allah juga merancang..tetapi perancangan Allah lebih baik.. :')


Khamis, 23 Mei 2013

PERHITUNGKAN DOSAMU


ALHAMDULILLAH 
BERSYUKUR DI ATAS SEGALA NIKMAT YANG TELAH DI KURNIAKAN
DAN BERSYUKUR ATAS SEGALA HAL


ALLAHUAKBAR..

Meruntun sedih hati ini apabila gagal dalam cita
gagal dalam meraih makhota kejayaan
gagal dalam menjadi wanita seperti masa yang terindah

apa yang telah di lakukan
sehingga ini lah akibat nya yang telah termaktub untuk kita
sehingga kegagalan itu seringkali menyapa dan mendatangi kita
apa yang telah di lakukan..apa yang telah di buat...

suasana hujan seperti mengerti kekecewaan hati
impikan pelangi akan mewarnai
tapi hampa yang bertandang
impikan cahaya akan menyinari 
tapi sikit pun tidak sudi memunculkan diri

seolah semua menyorok kan diri dari bermuka dengan hamba yang berdosa
seolah meraikan kegagalan
seolah mentertawakan cita yang hanya tinggal kata
seolah mengejek diri yang terlalu mengagungkan nafsu dari allah

apa yang telah aku lakukan??
apa???

semua terjawab selepas semua menjawab

engkau kufur nikmat
engkau tidak ingat pada allah
engkau tidak lagi berzikir 
engkau tidak lagi husnuz zon
engkau jauh daripada kebaikan

apa lagi???

engkau leka dengan duniawi yang diciptakan sendiri oleh engkau.
engkau tidak langsung menjaga hati manusia di keliling engkau
engkau sokmo-sokmo marah
engkau langsung tidak menerima teguran engkau
engkau tidak lagi banyak mengalah

engkau banyak berhibur
engkau banyak mendengar sesuatu yang lagho
engkau menyertai mereka yang juga lagho
''mukabuku' itu menjadi utama bagi engkau

apa yang telah aku lakukan di hari-hari ku????? 
dan di saat-saat serta minit ku?????

engkau jarang bertahajjud
engkau tidak lagi menjadi hamba yang khusyuk
engkau bergelak ketika tilawah engkau
engkau hanya kejarkan dunia dari tuhanmu

engkau tidak lagi banyak bersedekah
engkau tidak lagi banyak memberi
malah engkau menyombongkan diri 
malaha engkau cakap besar
malah engakau riya

engkau riya' dengan keistimewaan engkau
engkau kufur dengan nikmat kecerdikan engkau

apa yang telah aku lakukan ini???
apa yang aku sudah buat???

aku sendiri yang menghancurkan hidup ku sendiri
aku sendiri yang berangan
aku sendiri yang mem'bala'kan diri sendiri

dulu engkau tak pernah meninggalkan solat malam 
dulu engkau tawaduk dalam ilmu 
dulu engkau sungguh ghairah untuk membantu
dulu engkau cekal dalam melawan nafsu

dulu engkau mampu bersujud seperti engkau tidur lamanya
dulu engkau sentiasa panjang doanya
dulu selalu engkau diam dari berkata-kata
dulu engkau amat-amat mejaga hati 

sangat menjaga hati...sangat menjaga hati
sangat menjaga hati

tapi kini apa yang telah engkau lakukan..
sungguh engkau mengikis semua keimanan dalam diri engkau
sungguh engkau telah menjadi manusia yang banyak dosanya

apa yang engkau telah lakukan ini???????

di mana attitudemu sebagai muslim
mana syahsiah mu sebagai khalifah
mana hilangnye semua kebaikan yang telah engkau lakukan????

perhitungkan dosamu

muhasabah lah akan diri mu

berhentilah dari semua ini dan mulakan langkah yang baru..
sungguh ini lah masanya 
jangan pernah menangguh lagi..
cari lah kebaikan...

lupakan nafsu lawwamah wa ammarah mu..
lupakan kediniaan ini...
bertaubat lah...bertaubat lah..bertaubat lah... 

Selasa, 14 Mei 2013

SEGAN ANA DENGAN ENTI..


SLOGAN KATA UNTUK STUDENT MUSLIMAH
UNIVERSITI MU'TAH 
JORDAN(e_a)

Kelakar tapi itulah ayat pengasih kami sekeluarga pelajar akhowat universiti Mu'tah..
Macam-macam 'hikam wa amsal' yang di cipta oleh kami..

tak berniat untuk menyindir atau menyentap tetapi ini lah hakikat
hebat-hebat belaka Mulimah Universiti Mu'tah ini
hebat dari segi syahksiah dan akedemiknya
hebat dari hujah bernas lagi pedas nya
penuh dengan fact dan keMANTOOPannya(^_^)

kenapa saya cakap macam ni ye????
kenapa saya segan dengan entunna semua

nak tahu satu rahsia akhowat universiti mu'tah ni x???
hehehe
saya suka untuk bercerita mengenai mereka
saya segan dengan semuanya..

                                   Tajuk kali ini (^_^) :RAHSIA AKHOWAT MU'TAH

selama saya tinggal dengan keluarga terbesar Mu'tah
saya kadang-kadang berfikir 
hebatnya saya disini
huh!!
''perasan sangat tu ustazah''

haha!!!
bukan lah saya rasa saya hebat di sini..
tapi saya rasa hebat sangat dikelilingi 
akhowat yang hebat yang teramat

saya ada kawan yang sangat baik hati
membantu semua orang yang dalam kesusahan
nampak jerk macam tak secantik siti nurhaliza

tapi...fuuhhh!!
hati baik gilerr wei
kalau pegi rumah kengkawan nya yang lain
tak lain tak bukan bende yang wajib di gendong bersama
adalah makanan

kalau ada 10 orang satu umah
mmg semua akan dapat cikedis yang sama
adil!!!
banyak pulak tu!!
bukan 1 2 cikedis
tapi 5 6 weeiiiii!!!!!

baik x????
dia sangat pemurah dan dermawan
hebatkan
saya tak mampu menjadi seperti beliau
walaupun beliau sangat lah biasa-biasa orangnya

ada yang kalau nak suruh bercakap
atoiai...
mmg mimpi di alam barzakh lah kalau dapat dengar dia bercakap
pendiam habis!!!pemalu pon yerk!!!
tapi nak tahu rahsia beliau

beliau kaki qiamulail wei
sembayang sunat ba'diah dan qobliah
tak pernah tinggal melainkan ABC(Allah bagi cuti)

dan satu lagi rahsia beliau
ALLAH..ALLAH
segan ana dengan enti
sangat rajin...sangat-sangat
sanggup beliau penatkan diri sendiri untuk orang lain
sanggup tak tidur untuk menjaga akhowat yang tersayang
allahuakbar
hebatnya hati beliau
walaupun beliau sangat-sangat biasa orang nya 


ada jugak kawan saya yang bijak 
malah bukan sahaja kaki buku
tapi kaki sayang akhowat

punya lah beliau menjaga kebajikan semua akhowat kelilingnya
tak kira lah yang beliau kenal atau tak
punya lah sangat rasa macam kakaq caring giler kat adik

ini semua secara khusus
sekarang saya nak bongkarkan rahsia umum akhowat mu'tah

mereka semua sangat menjaga keaiban masing-masing
mereka sangat menjadi ibu dan ayah untuk semua akhowat yang di keliling mereka
mereka sangat ingin menjadi seperti saidatina khadijah
mereka sangat rajin dalam memberi
mereka sangat menjaga maruah mereka

ana segan dengan entunna semua

entunna semua sangat caring
sangat romantis
sangat loving

entunna diam tapi berdebat dalam hati entunna
entunna sangat pemalu tapi allah kurniakan entunna hati yang suci
entunna peramah untuk mendapat pahala membahagiakan orang lain
entunna sanggup berlapar untuk adik-beradik entunna yang memerlukan
entunna bijak
entunna lah jauhariah yang sangat hebat

entunna rajin solat bersama
masak bersama
tidur bersama
menangis bersama
bergembira bersama
bertilawah juga bersama

bila ada adik beradik yang datang bertandang ke rumah
entunna tak pernah buat dono...
entunna sangat menjaga hak adik beradik yang lain
walupun tidak dahaga di suakan juga minuman pembasah tekak
walaupun tidak lapar di hidang kan juga makanan yang di jampikan 
dengan kasih sayang 
walaupun tidak menunjukkan kepenatan
tetap disorongkan bantal malah di ajak sekali bermalam
allahuakbar
baik sangat tu ustazah...(^_^)

entunna sangat menjaga muslimah entunna
segan ana dengan entunna
bukan setakat enti dengan enti tapi...........
dengan entunna jami'an

allahuakbar
saya doakan entunna mendapat syurga terindah di sisi ALLAH
saya sangat mengagumi keperibadian entunna semua

hebat lah entunna semua
...............(e_a).............