Jumaat, 26 April 2013

ROAD TO IMTIHAN


Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi di atas segala hal yang telah di tetapkan untuk ku...

imtihan..imtihan...imtihan

semua perkara di panggil imtihan...peperiksaan atau exam...
semua orang akan takut dengan peperiksaan....
sebab banyak lagi tak baca...banyak lagi perkara yang tak tahu
banyak lagi yang tak sempat buat nota....

saat ini pun kami mahasiswa sibuk dengan imtihan...
banyak yamg tak paham...banyak yang kena berfikir...
dalam fatrah imtihan..
masa ini lah mahu berniaga...masa ini lah mahu memikirkan duit tiket baik ke malaysia
masa ini lah mahu laju-laju buat study group
masa ini juga lah ada latihan untuk KARISMA
masa ini juga kena siapkan kertas kerja persatuan..
masa ini juga mahu bermunaqasyah dengan dokter....

imtihan ni lah nak lumba-lumba buat nota
sanggup tidur lewat kerana nak imtihan
sanggup berjam-jam lama duduk di maktabah menelaah pelajaran
semua perkara sanggup belaka

 yang lagi sedih bila perkara lain sanggup jer..
tapi part ber'alam maya' tak sanggup..
kadang-kadang ingat kan diri sendiri untuk 'puasa' facebook
puasa twiter
puasa we chat
puasa intagram
tapi hakikatnya.....'imtihan' ini lah sangat menguji bila tiba waktu imtihan

bila di tegur pasti panjang muka sedepa..
bila di ajak study "bagi 3 minit lagi"
tapi lama-lama bukan 3 minit tapi 30 minit
itu pun belum tentu boleh duduk lama-lama...

macam-macam lah ragam bila buku dah ada depan mata..
nak makan lah...sejuk lah...boring dan nak jalan kat luar lah..
nak telefon orang lah..
nak main dengan rabbit lah...
time ni lah nampak semua kerajinan...

bila balik pada buku..satu lagi imtihan adalah mengantuk..
ALLAHUAKBAR...
selama-lamanya lah imtihan tu berimtihan
tak tahan dengan diri sendiri...
tak mampu mengawal nafsu sendiri
kalah dengan hasutan 'makhluk tuhan paling seksi' kat sebelah...

dah nak dekat imtihan ni lah banyak imtihan...
ALLAHUAKBAR...
masa allah bagi nikmat waktu lapang kita manusia sia-siakan...
sombong dengan diri sendiri...
tak ambil peduli dengan masa yang terluang...
berbicara,ber'video',ber'jaulah'
sampai tak ingat tanggungjawab sebenar sampai ke bumi SYAM ini..

masing-masing leka dengan kebolehan...
masing-masing tak hidup kan imtihan tu setiap hari...

bila allah dah datang kan imtihan baru lah kita sepak diri sendiri
barulah kita telefon dan dating dengan allah bersungguh-sungguh..
baru lah kita rasa allah tu dekat dengan kita...
 bila kita di timpakan 'imtihan' oleh allah...
saat itu lah kita cari allah

tapi selagi mana allah bagi 'imtihan' tu bersyukur lah..
sebab allah nak ingat kan kita yang hangat berasmara dengan dunia
sampai lupa segala nikmat masa yang di kurniakan....
sampai rasa jauh dari hidayah dari Tuhan

tak semua orang baik belaka..
tapi kalau dah dia ajak perkara baik tu baik lah namanya..
sampai bila nak meremehkan orang lain...\
samapi bila nak maraah dan sindir orang lain yang ajak pada benda baik...

dia dan kau sama sahaja..
sama sahaja dalam menerima imtihan..
sama sahaja dalam bakal menempuh imtihan
imtihan duniawi dan imtihan ukhrawi...
cukup lah membazirkan semua tu untuk perkara lagho

imtihan allah tak setanding dengan imtihan dari manusia..
imtihan allah tu lebih hebat...lebih cantik secara 3D nye tu...

selagi kita ini masih ada lagi 'cop kat dahi' tu tanda kita mahasiswa..
ilmu itu bukan pada buku sahaja..
bukan pada internet sahaja..
bukan di maktabah sahaja...

ilmu itu ada di mana-mana...
sedikit sahaja yang kita dapat..yang kita di suap...
ibaratnya seperti setitis air dari selautan air...

imtihan itu ada imtihan..
imtihan iman dan takwa..
imtihan kesabaran dan tawakal...
imtihan pada hati...

imtihan allah itu adalah syurga untuk kita




Isnin, 15 April 2013

AJAL ITU SAHABAT KARIB SETIAP MASA


''Maka Mahasuci Allah yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNya kamu dikembalikan"(yassin:83)

Kisah hidup manusia tidak akan pernah tamat selagi mana nafas itu masih di hujung hayat......sentiasa akan berlayar diatas dasar nya yakni lautan kehidupan....tak akan pernah karam melainkan ALLAH mentakdirkan untuk karam....

Islam sangat indah...sangat bewarna-wanri....sangat wangi......
Islam mengajar untuk berbudi...islam mengajar kita menjadi toleransi...dan islam mengajar erti hidup berpaksi...Merasai nikmatnya iman dan islam itu kadang-kadang seperti rehat yang sangat mendamaikan....tidak terucap dek kata-kata....kerana sememangnya terhidang halawatul iman dan islam itu....

Mulanya langkah perjuangan apabila saat itu muncul....ALLAH lahirkan kita kedunia untuk kita beramal dengan perintah nya...menjamu sehabisnya kebenaran nafas itu...menjalani waktu-waktu dengan bermacam ragam dan warna...mencipta diri untuk masa hadapan...mencipta riwayat untuk di lakon kan kelak di padang mahsyar...semua ini adalaha aturan...

Muncul juga lautan berduri...kadang-kadang seperti mahu meninggalkan dunia....kadang-kadang seperti kehilangan sesuatu....walhal...sebebnarnya itu adalah hakikat yang tidak boleh di tidakkan...
tetapi,apabila telang datangnya seruan yang membenarkan kehidupan mula berlayar semula...berusaha mengemudi tanpa mengendahkan ancaman....terus dalam meniti perjuangan.....

Sekali lagi di jamu dengan habuan ujian...tak ernah kering..tidak sempat untuk berehat...datangnya itu tidak di undang...itulah kehidupan...sentiasa diwarnai dengan ketidak sanggupan yang menuntut kepada pengorbanan...ALLAH datangkan kalamul jamilah wa 'azimah... untuk berpaksikan pada yang hak....

Setelah berta'aruf dengan hakikiah tauhid...sememangnya ajal itu lah yang menjadi teman paling setia..teman yang sentiasa bertandang tanpa di sedari...sekalipun kala itu hati sungguh jauh dengan hidayah itu...rakan yang tidak pernah merungut maah tidak akan pernah menikam dari belakang,sisi.dah hadapan...

Hanya menunggu pada waktu yang selesa untuk di buat kekasih...saat itu tiada guna segala yang tersimpan di dunia ini melainkan amalan yang berbekalkan ketakwaan dan keimanan...ajal!!ajal!!...membunuh tanpa belas...membunuh atas perintah yang Maha Kuasa...

Sejauh mana kita akan menjadi kekasih paling sejati kepada ajal ini...????tepuk dada tanya iman.....