Sabtu, 23 Februari 2013

HIDUP DAN MATI KU KERANA ALLAH


Bila aku hidup di bumi Jordan segalanya aku fikirkan untuk ummatku...


Mula aku sampai sini aku hiatkan di hati
aku mahu belajar sahaja..
aku hanya mahu menuntut ilmu di jamiah sahaja

Tapi..kini aku kenal erti sebenar 'menuntut ilmu di bumi Jordan'
bukan hanya menuntut ilmu di jamiah tapi mencari segala ilmu yang ada di sini..

Semalam,hari ini dan esok..
saya berfikir dan saya bekerja untuk ummat saya...
saya lakukan tugasan dengan niat di hati untuk ALLAH..

Kenapa aku yang di pilih dalam menggalas amanah ini..
memegang tanggungjawab pada ummat..
bukan satu yang senang bagi ku...
bukan senang untuk melaksanakan dengan sebaiknya..

aku tahu kenapa aku yang di pilih atas jalan ini...
''KERANA ALLAH SAYANG PADAKU''

ALLAH nak aku usaha untuk mencari redha NYA..
ALLAH dah bagi aku jalan ini...
ALLAH yang sediakan untuk ku...
dan ALLAH mahukan usaha ku dalam meraihnya dan mencarinya

Di medan ini lah aku memulakan langkah ku dalam membina ummat
aku menuntut ilmu dunia dan kehidupan untuk aku bawa di akhirat..

Aku memulakan perjalananku untuk menghadiri taman syurga..
ALLAH kira semuanya
aku memulakan bicaraku dalam menyampaikan isi kalimat kepada orang lain
ALLAH kira semuanya..
aku biarkan diri ku terus memberi dari menerima
ALLAH kira semuanya

ya!!
aku bukan nak kan nama tapi aku mahu orang lain sama-sama dalam jalanku
aku mahu ramai lagi mencari erti sebenar kehidupan..

bila aku fikir aku akan berjuang untuk bangsaku di malaysia
aku akan memegang amanah lagi berat..
sebab itu aku harap kita jadi yang faqih dalam agama

sia-sia belajar di sini andai segala ilmu yang tersirat dan tersurat 
tak aku cari dan usaha mendapatkannya.
sia-sia andai aku memntingkan dunia di sini tanpa memikirkan akhirat
sia-sia belaka....

semoga ALLAH sentiasa memberi jalan yang luas untuk aku menjadi hambanya yang bertakwa
semoga ALLAH memberikan ke'faqih'an yang luar biasa untuk agamaku..

HIDUP DAN MATIKU KERANA ALLAH..
IN SYA ALLAH..AAMIIN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan