Ahad, 13 Januari 2013


ALHAMDULILLAH....ALHAMDULILLAH.....
Segala pujian hanya untuk ALLAH....

Kadang-kadang segala ujian yang mendatang itu petanda bahawa ALLAH nak bagi sesuatu yang baik untuk hambaNya.....
Tak terjangkau dek akal fikiran dengan hikmah yang terbentang luas untuk kita....

Dulu aku bersusah-susah untuk menuntut ilmu....
bersusah-susah dalam memahami bahasa arab 'ami jordan....
bersusah-susah untuk menaiki coaster pergi ke jamiah(universiti).......
bersusah-susah dalam menghadiri kelas tambahan yang di buat oleh tolib atau tolabah....
bersusah dlam menghadiri kelas tafakuh ilmu....

semua itu menuntut aku untuk melakukan pengorbanan yang sangat besar....
kadang-kadang itu aku tersasar dari landasan dakwah ku....
dan selalu menuntut aku untuk sentiasa mentajdidkan niat....

aku belajar kerana ALLAH...
aku ke bumi jordan ini kerana ALLAH....
aku bersusah-susah semuanya kerana ALLAH....

ummahku...perlu bangkit....
ummahku...perlu membina tamadun islam teragung....
ummahku....merupakan ummah RASULULLAH....
 
kini....aku tahu kejayaan akan pasti diberikan oleh ALLAH kepada hambanya yag berniat untuk itu..
Aku bersyukur kerana diberi nikmat itu....
sungguh aku hanya mampu ucapkan syukur dan pujian itu hanya pada ALLAH sahaja....

kejayaan aku dalam semester ini menuntut u untuk terus lebih berusaha....
hati tak menyangka tapi aku sangat bersyukur....
kerana aku lah hambaNya yang terpilih....

Dan ini bermakna kejayaan ini akan membuatkan aku lebih bertanggunjawab pada ummah....
aku juga perlu bertanggungjawab padaa diri ku sendiri....
kejayaan ini lah permulaan langkah ku dalam berdakwah....
daan menyampaikan isi kalimat ALLAH....

kata indah dari seorang alim ulama;..
"من قال لا اله الا الله وهو داعي"

sampai bila-bila pun aku ingat kata-kata ini.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan